Monday, July 15, 2013

Salam ramadhan..lamanya xupdate blog..bz dgn kerja,belajar dan life harian..........

Friday, November 30, 2012

Pembahagian Harta Pusaka Kecil

*sebagai rujukan *


Pembahagian Harta Pusaka kecil

Panduan SOP : Pusaka Kecil

Takrif Harta Pusaka Kecil
Tafsiran yang diberikan dibawah seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat (Mulai 1 September 2009). Tanpa terikat kepada batasan nilai yang dinyatakan, sebarang harta simati orang-orang bukan Islam yang mengandungi wasiat dibawah Ordinan Wasiat No. 38 Tahun 1959 bukan lagi ditakrifkan sebagai pusaka kecil. Ia dianggap sebagai pusaka besar dan menjadi tanggungjawab Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak boleh dipakai bagi kematian seorang Islam kerana ianya bertentangan dengan syarat dan peraturan pewasiatan dalam Islam.


Cara Membuat Permohonan Pembahagian Pusaka Kecil

Setiap permohonan untuk pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu borang A. Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:


1.Bukti Kematian

•Salinan surat perakuan kematian / permit menguburkan; atau
•Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan ( bagi kematian semasa pendudukan Jepun / sebelumnya); atau
•perintah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dalam keadaan seperti kematian tanpa kubur, hilang semasa pendudukan Jepun, Tragedi 13 Mei 1969, tragedi Muassem, dan
•perintah ini hanya boleh didapati selepas 7 tahun dari tarikh berlakunya kejadian.

2.Salinan Hakmilik

•Salinan hakmilik yang diakui sah oleh pejabat tanah atau perakuan carian rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati, surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan;


3.Salinan Dokumen Harta-Harta Alih:

•Seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata kwsp dan sebagainya (jika ada).
Siapakah yang berhak memohon? Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:
•Waris-waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak laki-laki atau perempuan, ibu atau bapa, majlis agama Islam (Baitulmal) dan sebagainya;
•Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;
•Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;
•Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;
•Amanah Raya Berhad.


Menghadiri pembicaraan
•Semua dokumen asal seperti bukti kematian, hakmilik tanah, kad pengenalan, surat beranak, surat nikah, bukti-bukti harta alih dan lain dokumen yang difikirkan perlu hendaklah dibawa semasa pembicaraan
•Semua pihak yang diminta hadir adalah dikehendaki hadir di hari pembicaraan.
•Semua keterangan semasa pembicaraan hendaklah diberi secara bersumpah atau berikrar.



Sunday, October 7, 2012

her step by step.......


Syukur alhamdulillah..usia 10 bulan 24 hari....Auni Humaira dah boleh berjalan ...sebelum ni risau kenape dia asek menjulur je...  merangkak pun tak  lagi tetapi rupa2nya dia nak terus berjalan..huhu dia merangkak dalam seminggu je dan terus memulakan langkah berjalan....bagus anak ummy....u r good girl sayang....


Video anak ummy yang sangat teruja untuk berjalan...siap berlari lagi ...huhu


Friday, September 21, 2012

Mengajar baby


Ternyata bukan mudah untuk menjadi guru kepada anak sendiri yang masih kecil...memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka lebih gemar bermain ...begitu juga dengan anak ummi yg comel ni, kurang memberi tumpuan walaupun berkali-kali ditunjukkan flashcard didepannya, bila diberi, digigit dan dibuang pula ...hehehhe..

Alhamdulillah, aku banyak belajar dari Puan Lina dalam tips2 memberi didikan kepada anak terutamanya berkaitan Al Quran.  Menurut beliau mengajar huruf hijaiyah tidaklah semudah mengajar  huruf ABC kerana usaha keras syaitan yang  akan sentiasa  berada di tengah2 kita ketika kita mengajar anak kita. Mereka takut akan potensi anak tersebut yang akan menguasai Al Quran apabila dewasa nanti. Maka jika ada hari kita berasa tidak bersemangat untuk mengajar anak kita, ingatlah itu sebenarnya dari syaitan. 

Ummi akan  cuba dan terus mencuba supaya akhirnya Auni Humaira dapat mengenal kesemua huruf hijaiyah .......insyaallah...

Saturday, September 15, 2012

Selamat Hari Raya anak Ummi........

    Auni Humaira dan trudy & teddy...
ummi sangat suka rekaan baju dari trudy n teddy ni  ...ala2 baby gaya korporat...tp ummi hanya beli gown yg simple ni untuk hari raya...walaupun simple tp nampak sangat comel anak ummi...tp sekali sekala je ummi boleh beli...ummi tak banyak duitlah sayang...:)
 reunion hari raya sekolah menengah ummi.....mood anak ummi tak berapa baik la masa coz mengantuk..

Tuesday, July 31, 2012

DOA UNTUK ANAKKU AUNI HUMAIRA

DO’A UNTUK ANAKKU 
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.
Wahai cahaya hatiku.
Ucap dua kalimah syahadat disetiap desah nafasmu.
Sembahyanglah lima waktu dalam hari harimu.
Berpuasalah sebulan dalam bulan Ramadhan.
Tunaikanlah haji ke Baitullah Rumah Allah jikalau kau mampu.
Tunaikanlah zakat selagi kau mampu.
Jangan lupakan Infaq Shadakah dan menyantuni mereka yg tidak mampu.
Wahai bidadariku
Beriman selalu hanya kepada ALLAH SWT
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Malaikat-malaikat
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Kitab-kitab Al Qur`an dan kitab kitab sebelumnya
Berimanlah kepada nabi dan Rasul rasul
Yakinlah dan Berimanlah akan adanya Hari Kiamat
Yakinlah dan Berimanlah kepada Qada dan Qadar.
Wahai pesona jiwaku
Hidupmu kelak akan lebih keras dan berat.
Lebih keras dan berat dari kehidupan kami orangtuamu.
Maka bekalkanlah dan perkuat keimanan dan ketaqwaan.
Agar kalian selamat sampai ditujuan hidupmu kelak.
Wahai penyempurna hidupku.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal
Bahwa yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.
Wahai masa depanku.
hiduplah demi akhiratmu
karena itu yang akan abadi kekal selamanya
janganlah kalian hidup demi duniamu
karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu
Wahai permataku,
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meredhaimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu...Mommy sayang kamu


dibawah ini video anak ummy menyanyi  Alif Ba Ta...masa ni umurnya 5 bulan.....menyanyi cara dia +bebal nak tido... tp ummy dok paksa suh nyanyi gak... ...hehe


Friday, July 27, 2012

Rumah Oh Rumah..

~Sedang dalam pembinaan~

Hari ini pergi tengok rumah bersama  suami  sebab nak tahu betul-betul bila sebenarnya rumah dijangka siap.Wakil pihak pemaju memberitahu rumah ni dijangka siap pada pertengahan 2013....Sigh....lambat lagi rupanya...memang projek ni slow atau aku yang tak sabar-sabar ...huhu..rasa macam lambat sangat. Anak pun dah besar..inipun mujurlah  ada yang loan fasa satu tak lepas,jadi en.suami dapat tukar unit rumah dari fasa dua ke fasa satu,kalau tidak terpaksa menunggu lebih lama lagi lah jawabnya

Urusan dengan Lawyer semua dah selesai,jadi cuma perlu tunggu rumah ni siap sahaja. Sebenarnya dah tak larat duduk kuaters sebab rumahku dikuaters berada ditingkat empat. Pada mulanya ingatkan dapat masuk rumah tahun 2012, jadi tak kisah sangatlah untuk bertahan sedikit, tapi rupanya lama la pula nak siap..setiap hari naik tangga memang letih, mungkin itu sebab badanku tak naik2.huhu..kalori sentiasa dibakar setiap hari. Kuaters yang aku duduk ni mempunyai 80 anak tangga untuk sampai ke tingkat empat...dan dalam kiraanku sebanyak 2400 anak tangga telah dipanjat dalam tempoh sebulan...dan setakat 8bulan ni dah lebih 200000 anak tangga berjaya dipanjat.....syabas inspektor sahab.....heheh..dasyat tak?..huhu... dari  mengandung 7 bulan sampai la sekarang anakku auni humaira yang comel  dah berusia 9 bulan...aku masih setia memanjat tangga kuaters itu..huhu..nanti ank mommy mesti kuat kan...sebab mommy aktif masa mengandung...

Hmm..tak sabarnya nak masuk rumah...nak deco rumah, nak beli barang rumah. En suami pun excited juga..almaklumlah...ini rumah dia....Puan isteri cuma menumpang..uhuhuhu.....dah decide pun dengan suami nak buat modern english style mix dengan classic sikit...insyaallah...now dah start beli perabot sikit-sikit mengikut kemampuan..kumpul duit baru beli satu2 barang....insyaalah kalau boleh tak nak buat loan....harap berjaya........