Friday, July 27, 2012

Rumah Oh Rumah..

~Sedang dalam pembinaan~

Hari ini pergi tengok rumah bersama  suami  sebab nak tahu betul-betul bila sebenarnya rumah dijangka siap.Wakil pihak pemaju memberitahu rumah ni dijangka siap pada pertengahan 2013....Sigh....lambat lagi rupanya...memang projek ni slow atau aku yang tak sabar-sabar ...huhu..rasa macam lambat sangat. Anak pun dah besar..inipun mujurlah  ada yang loan fasa satu tak lepas,jadi en.suami dapat tukar unit rumah dari fasa dua ke fasa satu,kalau tidak terpaksa menunggu lebih lama lagi lah jawabnya

Urusan dengan Lawyer semua dah selesai,jadi cuma perlu tunggu rumah ni siap sahaja. Sebenarnya dah tak larat duduk kuaters sebab rumahku dikuaters berada ditingkat empat. Pada mulanya ingatkan dapat masuk rumah tahun 2012, jadi tak kisah sangatlah untuk bertahan sedikit, tapi rupanya lama la pula nak siap..setiap hari naik tangga memang letih, mungkin itu sebab badanku tak naik2.huhu..kalori sentiasa dibakar setiap hari. Kuaters yang aku duduk ni mempunyai 80 anak tangga untuk sampai ke tingkat empat...dan dalam kiraanku sebanyak 2400 anak tangga telah dipanjat dalam tempoh sebulan...dan setakat 8bulan ni dah lebih 200000 anak tangga berjaya dipanjat.....syabas inspektor sahab.....heheh..dasyat tak?..huhu... dari  mengandung 7 bulan sampai la sekarang anakku auni humaira yang comel  dah berusia 9 bulan...aku masih setia memanjat tangga kuaters itu..huhu..nanti ank mommy mesti kuat kan...sebab mommy aktif masa mengandung...

Hmm..tak sabarnya nak masuk rumah...nak deco rumah, nak beli barang rumah. En suami pun excited juga..almaklumlah...ini rumah dia....Puan isteri cuma menumpang..uhuhuhu.....dah decide pun dengan suami nak buat modern english style mix dengan classic sikit...insyaallah...now dah start beli perabot sikit-sikit mengikut kemampuan..kumpul duit baru beli satu2 barang....insyaalah kalau boleh tak nak buat loan....harap berjaya........

1 comment:

MissBerrY said...

pasni leh jenjalan g umah acu hee~