Monday, May 28, 2012

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda





3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26) 




5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti


8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan. 

Thursday, May 24, 2012

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi:
1. Dai’eyah (داعية)
Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.
2. A’limah (عالمة)
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.
3. A’bidah (عابدة)
Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.
4. Khodimah (خادمة)
Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.
5. Murobbiyah (مربية)
Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :)
InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin.

Friday, May 11, 2012

Auney `mamam`

         Who is happy to eat?


Alhamdulillah...sayang mommy,Auni Humaira tak memilih makan..setakat ni dia dah makan puri kentang, puri labu, puri nasi dgn ayam, puri betik,puri pisang............huhu.lepas ni nak cuba  sayur2an hijau pulak....dan makanan yg lebih pejal ..........

Friday, May 4, 2012




   anak mommy...`beautiful humaira` dh bleh letak dlm walker dah..hehe..tak sabar nak tengok dia berjalan pulak....





Thursday, May 3, 2012

My baby

                                               Ketenanganku berpipi merah  ^-^
6 month ago......
Auni Humaira atau maksudnya `  ketenanganku berpipi merah  ` selamat dilahirkan pada hari khamis 3.11.11 bersamaan 7 Zulhijah 1432 (awal sikit dari Due date 11.11.11..hehe) sewaktu azan maghrib hampir berkumandang di hospital kepala batas dengan berat 3.3 kg secara normal.
Alhamdulillah......kelegaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata beserta perasaan penuh keinsafan dengan keagungan ALLAH SWT.
Dah besar pun anak mommy yang comel ni. Dia semakin  baik, bijak,memahami dan mendengar kata...dah tak banyak meragam dan yang penting dah mahu tidur malam....alhamdulillah....

                                               She= 6 month ^-^

Tuesday, February 8, 2011

saket kepala mule menyerang...lagi sebulan lebih kot nak final.....tension tahap axion....nak study pun boleh setengah jam saja..lebih pada tu mengadap fesbuk ...kadang2 cuba deactivate juga account fb supaya boleh konsentrasi pada study.......teheeehe....tp....bila bosan study...maka activate semula account tu....what de heccckkk..... masa exam yg last year...study sampai demam..sangat stress....sebab nak jugak dapat result yang baik.....:(
terfikir sejenak...kalau dulu  lepas diploma aku terima untuk sambung full time  kat uitm shah alam...dah lama dah aku abes  degree agaknya.....:((.    tp memandangkan aku dah pun mendapat kerja tetap masa tu maka aku pun memilih untuk mengorbankan pengajianku ...xnak menyusahkan family dan xnak juga menyusahkan PTPTpu untuk kejar hutang aku yg menimbun nanti....ehehehe.....pastu aku saja gatal tangan apply uitm arau......dapat jugak offer pengajian marketing tapi tak berkenan plak .......mungkin jodoh aku bukan dengan UITM kot....hurm....maka jadiklah aku seorang yang sekarang ni baru  nak merangkak2 belajar setelah 4 tahun meninggalkan alam bergelar student....alhamdulillah dapat support dari my hubby...walaupun berat hati nak terima ...tp memikirkan hubby yg bersungguh2 nak aku sambung...hurm...tak apalah....yg penting mencuba........agak2 ..habis tak aku belajar????uuuuuhuuu.....


                          abaikan mat salleh muke buruk ni.....tp lihat apa yg dia kata...... dasar orang puteh!!

Inspiring Members