Friday, September 21, 2012

Mengajar baby


Ternyata bukan mudah untuk menjadi guru kepada anak sendiri yang masih kecil...memerlukan kesabaran yang tinggi. Mereka lebih gemar bermain ...begitu juga dengan anak ummi yg comel ni, kurang memberi tumpuan walaupun berkali-kali ditunjukkan flashcard didepannya, bila diberi, digigit dan dibuang pula ...hehehhe..

Alhamdulillah, aku banyak belajar dari Puan Lina dalam tips2 memberi didikan kepada anak terutamanya berkaitan Al Quran.  Menurut beliau mengajar huruf hijaiyah tidaklah semudah mengajar  huruf ABC kerana usaha keras syaitan yang  akan sentiasa  berada di tengah2 kita ketika kita mengajar anak kita. Mereka takut akan potensi anak tersebut yang akan menguasai Al Quran apabila dewasa nanti. Maka jika ada hari kita berasa tidak bersemangat untuk mengajar anak kita, ingatlah itu sebenarnya dari syaitan. 

Ummi akan  cuba dan terus mencuba supaya akhirnya Auni Humaira dapat mengenal kesemua huruf hijaiyah .......insyaallah...

No comments: