Tuesday, February 8, 2011

saket kepala mule menyerang...lagi sebulan lebih kot nak final.....tension tahap axion....nak study pun boleh setengah jam saja..lebih pada tu mengadap fesbuk ...kadang2 cuba deactivate juga account fb supaya boleh konsentrasi pada study.......teheeehe....tp....bila bosan study...maka activate semula account tu....what de heccckkk..... masa exam yg last year...study sampai demam..sangat stress....sebab nak jugak dapat result yang baik.....:(
terfikir sejenak...kalau dulu  lepas diploma aku terima untuk sambung full time  kat uitm shah alam...dah lama dah aku abes  degree agaknya.....:((.    tp memandangkan aku dah pun mendapat kerja tetap masa tu maka aku pun memilih untuk mengorbankan pengajianku ...xnak menyusahkan family dan xnak juga menyusahkan PTPTpu untuk kejar hutang aku yg menimbun nanti....ehehehe.....pastu aku saja gatal tangan apply uitm arau......dapat jugak offer pengajian marketing tapi tak berkenan plak .......mungkin jodoh aku bukan dengan UITM kot....hurm....maka jadiklah aku seorang yang sekarang ni baru  nak merangkak2 belajar setelah 4 tahun meninggalkan alam bergelar student....alhamdulillah dapat support dari my hubby...walaupun berat hati nak terima ...tp memikirkan hubby yg bersungguh2 nak aku sambung...hurm...tak apalah....yg penting mencuba........agak2 ..habis tak aku belajar????uuuuuhuuu.....


                          abaikan mat salleh muke buruk ni.....tp lihat apa yg dia kata...... dasar orang puteh!!

Wednesday, January 12, 2011

Cara Tidur Rasullallah

Rasulullah adalah contoh terbaik buat kita manusia. Betapa tingginya budi pekertimu ya Rasulullah. Mari kita sama-sama melihat cara Rasulullah tidur..

  1. Tidur di awal malam setelah jam 10 atau 11 malam dengan berkeadaan berwuduk.
  2. Bangkit diawal separuh kedua malam lebih kurang jam 1 atau 2 pagi kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  3. Kemudian tidur semula dan bangkit sebelum terbit fajar (waktu subuh)
  4. Tidur dengan mengiring badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri pula dibahagian atas supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus dan cepat hadam makanan.
  5. Rasulullah tidak tidur pada awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  6. Rasulullah tidak tidur selepas waktu asar.
  7. Rasulullah juga tidak tidur di bawah terik cahaya matahari walaupun terkena separuh badan

Wednesday, January 5, 2011

`Wahai Bidadari syurga tolonglah jangan ambil suami saya`

Tajuk entry agak kontroversi...
Sebelum itu mari sejenak membaca kisah kejadian bidadari di syurga

Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar. Bermula dari jari-jari kakinya hinggake lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan misiklah dunia ini.Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka. Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan. Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, ” Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka”.
sumber dari  :-

Nak tahu lagi betapa cantik tak terperinya bidadari syurga ni..ha ..silalah baca yang bawah ni...

Bidadari syurga adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat sempurna penciptaannya sehingga tidak dapat menjangkau akal fikiran (imaginasi) manusia. Kecantikan, kelembutan, kejernihan mengatasi wanita yang paling cantik yang ada di atas muka bumi ini.  Allah SWT menyembut mereka dengan panggilan 'hur al-ain' iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik Suara mereka juga sangat merdu berkali ganda lebih merdu daripada suara yang pernah anda dengar dekat dunia ni.Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Andai seorang bidadari syurga turun menampilkan dirinya kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuh la apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.".

Nak tahu apa kena mengena kisah bidadari syurga ni dgn tajuk entry ku td? ..ini dia.....

Bidadari Syurga Sedang Memerhati Calon Suaminya Di Dunia

Ya, mereka sedang memerhatikan calon suaminya di dunia. Kecintaan bidadari syurga terhadap suaminya sangat mendalam sehingga mereka sering kali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka sangat marah melihat calon suaminya disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia sehingga mereka berkata, "Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi dia akan segera berpindah kepada kami." (Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabbal sabda Rasulullah SAW)

Dengan tiba2 saya pun berjanji taknak sakitkan hati encik suami  lagi!  boleh tak??? ...macam la suamiku antara yg diintip itu..perasannya ...hehe....Tapi siapa calon yang sedang mereka perhatikan itu? 
calon-calonnya adalah....ten..ten..teng..

Calon-calon itu ialah hamba Allah yang telah  menyediakan mas kahwinnya untuk dipinang disyurga nanti.Mas Kahwin? bukan yg beribu2 rupiah tu...mas kahwin itulah amal ibadah sepanjang calon itu berada didunia ini
sumber http://kasotputeh-story.blogspot.com/

wah..seronok amatlah kaum lelaki bila baca tentang ni .....itu lelaki ..mesti berbunga2 didalam hati dan tak sabar berjumpa bidadari peneman di syurga...tapi pastikan anda layak jadi penghuni syurga ye...kalau tidak amikla kala jengking dan ular jadi peneman..err...takut cerita ttg neraka...takowt..takowt..imanku senipis kulit bawang l...
bagaimana pula dengan wanita? mesti ramai yg kata ..`tak adil la, wanita pun nak teman seorang bidadara jugak`...kan..kan? (xwujud kot bidadara)...

Maka saya pun berkata didalam hati........kalau sekiranya suamiku masuk syurga (Ya Allah, sentiasa berdoa)........nanti suamiku akan mendapat seorang bidadari didalam syurga.......Hur Ul Ain kah? Ainul Mardhiah kah( yg ni sentiasa disebut2...tentu ia sangat2 cantik kan) ...bagaimana dengan ku ?? siapakah yg menemaniku nanti...sedangkan saya ingin bersama2 suamiku dunia dan akhirat , Amin...tentu suamiku akan memilih bidadari syurga berbanding aku..

maka saya pun mula mencari fakta2 tentang hal ini... kerana saya yakin Allah itu maha adil...Dia tidak akan berat sebelah kepada makhluk2 ciptaanNya

Hasilnya...mari saya kongsikan tentang satu hadis yg saya jumpa dan baru pun tahu....sambil mengeluh `oh, bukan sahaja iman malah  ilmuku juga senipis kulit bawang`..:( sambil tunduk ke bumi

inilah hadis tersebut...


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

cuba tengok font yg aku sengaja besarkan itu....Ya...memang benar...aku dengan tiba2 bertukar menjadi bersemangat waja. Maka, para wanita diluar sana masihkah mahu mengatakan yg Allah itu tidak adil....sebenarnya kita yg tidak adil pada diri sendiri....ya kan...bagaimana dikatakan tidak adil kepada diri sendiri itu....macam ni...diri kita sebenarnya layak kesyurga tetapi kita yg tidak mahu ..tak berusaha lansung  dan masih termakan pujuk rayu syaitonnirojim...saya pon sama! huh!

maka bagaimana pula kita nk berlaku adil kepada diri sendiri dan sekiranya diizinkan Allah untuk menjadi lebih baik dari bidadari tersebut.

Berikut adalah tips, resipi, petua dan langkah2 sekiranya ingin menjadi lebih baik dari ainul mardhiah iaitu wanita solehah yang mana:-

1. Ia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.
2. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia.
3. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.
4. Ia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan, dan mententeramkan bila berada dekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan ghairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah.
5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.
6. Ia bermanfaat di dalam persekitarannya. Pengabdianya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya.

“Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” (HR.Muslim)

 Sudahkah kita bersiap sedia untuk menjadi bidadari seperti itu?^_^

Tuesday, January 4, 2011

~My Hubby House~

Encik faiz House
                                          Can`t wait to be wif u sayang

                       mari tengok decoration inside of the house .....yg ku berangan2 nk buat .........
                                          

wow...canteknya..putih bersih idaman hatiku..
kalau macam ni punya gaya..konform banyak kesan tapak kaki dan jari..

 Master Bedroom
english style memang sweet...sangat2 suka....encik faiz pun sangat suka....i love yg simple macam diatas...tak banyak colour dan yg penting tak crowded ok.. maka ku berangan lagi......
nampak bersih je kan...kalu rajen cuci la.......sigh~ saya sangat malas....tempah bibik satu........no money no talk.
putih dan pink paling ku suka...sweet + romantika de amore
this is going to be My Study Room ~ i like~ ...konprem dapat CGPA 4.00...ngee.

Dining Area
kindly ignore orang yg berjalan2 tu.hehe

Sunday, January 2, 2011

Taraaa!!!.....Happy New Year..2011!!!
Dah lama rupanya tidak menjengah ke dalam blog cave  ni...dah  penuh sawang dan sarang nampaknya gua ni....ermm..cuba tengok gambar diatas...cute kan....kalau tak silap saya tahun ni adalah tahun arnab kan....ermm.....btw...meningkat lagilah usiaku nampaknya.....uhuhu...flashback semula tahun 2010 yg lalu....alhamdullillah....semua azamku tercapai. Antaranya..sambung belajar, khatam quran  lagi,berkahwin dengan jejaka pilihan hati dan bla..bla...semuanya berjalan  seperti yg dirancang....terima kasih Ya  Allah....tahun 2011 ini.....nampaknya memberi cabaran yang lebih kepadaku ............antara seorang penjawat awam, seorang isteri , juga seorang pelajar dan dot.dot.dot...persoalannya..mampukah saya......ya...bak kata pepatah korea..`aja-aja fighting!!!!`.............pepatah??..ermm..apa-apa je la....:)

Thursday, December 2, 2010

sejenak mengharungi alam rumahtangga

 kata pujangga ini dibacakan oleh suamiku di awal perkahwinanku..........sangat suka............inginku abadikan kata2 indah ini ....


 *hubby dapat dari ceramah berkenaan rumahtangga *




SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA
Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )
Psst….
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana sidia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang…… buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas…..
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
” Sayang abang tak ulang lagi “
katakan ” Sayang….abang alpa “
bisikkan ” Darling.. I lupa..”
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi…
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh…
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya ” Seabadi permata….
segermelapan intan ” …
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh…
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir…
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah ” Duhai isteriku…
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.”
( iii )
Puuuh…
Akan tiba masanya bila ‘isteri’ di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan ‘body’
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya  membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, ‘selepas’ mati pun bersama.
( iv )
Uhhh….
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara ‘indirect’ dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
” Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? “
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
Isteri…
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu…..
seorang isteri.


 terima kasih suamiku....ketahuilah.....dlm setiap marah dan rajukku...........cintaku padamu semakin mekar..............ceeeeehhhhhhh................ngee :)

Wednesday, December 1, 2010

Syurga Cinta Faiz & Eyma

~02.10.2010-

                                     Oh sayangku ..hulurkan tanganmu,
                                     Bersama kita bergandingan ,
                                     Berdua menuju arah bahagia,
                                     Melalui liku-liku kehidupan ,
                                     Pahit manis kita hadapi bersama,
                                     Semoga kita berdua bahagia.....