Wednesday, January 5, 2011

`Wahai Bidadari syurga tolonglah jangan ambil suami saya`

Tajuk entry agak kontroversi...
Sebelum itu mari sejenak membaca kisah kejadian bidadari di syurga

Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar. Bermula dari jari-jari kakinya hinggake lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran. Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan misiklah dunia ini.Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka. Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan. Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, ” Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka”.
sumber dari  :-

Nak tahu lagi betapa cantik tak terperinya bidadari syurga ni..ha ..silalah baca yang bawah ni...

Bidadari syurga adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat sempurna penciptaannya sehingga tidak dapat menjangkau akal fikiran (imaginasi) manusia. Kecantikan, kelembutan, kejernihan mengatasi wanita yang paling cantik yang ada di atas muka bumi ini.  Allah SWT menyembut mereka dengan panggilan 'hur al-ain' iaitu wanita yang berkulit putih dan bermata lebar dengan bola mata yang sangat hitam bak mata rusa yang sangat cantik Suara mereka juga sangat merdu berkali ganda lebih merdu daripada suara yang pernah anda dengar dekat dunia ni.Dalam hadis al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Andai seorang bidadari syurga turun menampilkan dirinya kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuh la apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian. Tudung yang menutup kepalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.".

Nak tahu apa kena mengena kisah bidadari syurga ni dgn tajuk entry ku td? ..ini dia.....

Bidadari Syurga Sedang Memerhati Calon Suaminya Di Dunia

Ya, mereka sedang memerhatikan calon suaminya di dunia. Kecintaan bidadari syurga terhadap suaminya sangat mendalam sehingga mereka sering kali mengintip calon suaminya yang masih di dunia lagi. Mereka sangat marah melihat calon suaminya disakiti oleh isteri-isteri mereka di dunia sehingga mereka berkata, "Celakalah engkau, ia hanya sementara bersamamu. Tidak lama lagi dia akan segera berpindah kepada kami." (Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Muaz bin Jabbal sabda Rasulullah SAW)

Dengan tiba2 saya pun berjanji taknak sakitkan hati encik suami  lagi!  boleh tak??? ...macam la suamiku antara yg diintip itu..perasannya ...hehe....Tapi siapa calon yang sedang mereka perhatikan itu? 
calon-calonnya adalah....ten..ten..teng..

Calon-calon itu ialah hamba Allah yang telah  menyediakan mas kahwinnya untuk dipinang disyurga nanti.Mas Kahwin? bukan yg beribu2 rupiah tu...mas kahwin itulah amal ibadah sepanjang calon itu berada didunia ini
sumber http://kasotputeh-story.blogspot.com/

wah..seronok amatlah kaum lelaki bila baca tentang ni .....itu lelaki ..mesti berbunga2 didalam hati dan tak sabar berjumpa bidadari peneman di syurga...tapi pastikan anda layak jadi penghuni syurga ye...kalau tidak amikla kala jengking dan ular jadi peneman..err...takut cerita ttg neraka...takowt..takowt..imanku senipis kulit bawang l...
bagaimana pula dengan wanita? mesti ramai yg kata ..`tak adil la, wanita pun nak teman seorang bidadara jugak`...kan..kan? (xwujud kot bidadara)...

Maka saya pun berkata didalam hati........kalau sekiranya suamiku masuk syurga (Ya Allah, sentiasa berdoa)........nanti suamiku akan mendapat seorang bidadari didalam syurga.......Hur Ul Ain kah? Ainul Mardhiah kah( yg ni sentiasa disebut2...tentu ia sangat2 cantik kan) ...bagaimana dengan ku ?? siapakah yg menemaniku nanti...sedangkan saya ingin bersama2 suamiku dunia dan akhirat , Amin...tentu suamiku akan memilih bidadari syurga berbanding aku..

maka saya pun mula mencari fakta2 tentang hal ini... kerana saya yakin Allah itu maha adil...Dia tidak akan berat sebelah kepada makhluk2 ciptaanNya

Hasilnya...mari saya kongsikan tentang satu hadis yg saya jumpa dan baru pun tahu....sambil mengeluh `oh, bukan sahaja iman malah  ilmuku juga senipis kulit bawang`..:( sambil tunduk ke bumi

inilah hadis tersebut...


Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).

cuba tengok font yg aku sengaja besarkan itu....Ya...memang benar...aku dengan tiba2 bertukar menjadi bersemangat waja. Maka, para wanita diluar sana masihkah mahu mengatakan yg Allah itu tidak adil....sebenarnya kita yg tidak adil pada diri sendiri....ya kan...bagaimana dikatakan tidak adil kepada diri sendiri itu....macam ni...diri kita sebenarnya layak kesyurga tetapi kita yg tidak mahu ..tak berusaha lansung  dan masih termakan pujuk rayu syaitonnirojim...saya pon sama! huh!

maka bagaimana pula kita nk berlaku adil kepada diri sendiri dan sekiranya diizinkan Allah untuk menjadi lebih baik dari bidadari tersebut.

Berikut adalah tips, resipi, petua dan langkah2 sekiranya ingin menjadi lebih baik dari ainul mardhiah iaitu wanita solehah yang mana:-

1. Ia menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya.
2. Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia.
3. Berbuat baik dan berbakti kepada orang tuanya. Ia senantiasa mendoakan orang tuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.
4. Ia taat kepada suaminya. Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan, dan mententeramkan bila berada dekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkanya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan ghairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah.
5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya.
6. Ia bermanfaat di dalam persekitarannya. Pengabdianya kepada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menyeru manusia kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya.

“Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah” (HR.Muslim)

 Sudahkah kita bersiap sedia untuk menjadi bidadari seperti itu?^_^

1 comment:

{ finieViolet} said...

assalamualaikum..

tertarik dengan post nie.. nice..