Tuesday, July 31, 2012

DOA UNTUK ANAKKU AUNI HUMAIRA

DO’A UNTUK ANAKKU 
Tetapkanlah Islam sebagai agamamu.
Tetapkanlah Allah sebagai Tuhanmu, dan tiada yg lain selain Dia.
Tetapkanlah Muhammad sebagai Nabi dan Rasulullah.
Tetapkanlah Al Qur`an sebagai kitab dan penuntunmu.
Wahai cahaya hatiku.
Ucap dua kalimah syahadat disetiap desah nafasmu.
Sembahyanglah lima waktu dalam hari harimu.
Berpuasalah sebulan dalam bulan Ramadhan.
Tunaikanlah haji ke Baitullah Rumah Allah jikalau kau mampu.
Tunaikanlah zakat selagi kau mampu.
Jangan lupakan Infaq Shadakah dan menyantuni mereka yg tidak mampu.
Wahai bidadariku
Beriman selalu hanya kepada ALLAH SWT
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Malaikat-malaikat
Berimanlah bahwa Allah telah menciptakan Kitab-kitab Al Qur`an dan kitab kitab sebelumnya
Berimanlah kepada nabi dan Rasul rasul
Yakinlah dan Berimanlah akan adanya Hari Kiamat
Yakinlah dan Berimanlah kepada Qada dan Qadar.
Wahai pesona jiwaku
Hidupmu kelak akan lebih keras dan berat.
Lebih keras dan berat dari kehidupan kami orangtuamu.
Maka bekalkanlah dan perkuat keimanan dan ketaqwaan.
Agar kalian selamat sampai ditujuan hidupmu kelak.
Wahai penyempurna hidupku.
Ingatlah dan camkanlah beberapa hal
Bahwa yang singkat itu WAKTU,
Yang dekat itu MATI,
Yang besar itu NAFSU,
Yang berat itu AMANAH,
Yang sulit itu IKHLAS,
Yang mudah itu BERBUAT DOSA
Yang abadi itu AMAL KEBAJIKAN,
Yang akan di investigasi itu AMAL PERBUATAN,
Yang jauh itu MASA LALU.
Persiapkanlah dirimu untuk semua hal itu.
Wahai masa depanku.
hiduplah demi akhiratmu
karena itu yang akan abadi kekal selamanya
janganlah kalian hidup demi duniamu
karena itu hanya semu dan bakal termakan waktu
Wahai permataku,
Doa orangtuamu selalu menyertaimu.
Semoga Allah selalu membimbingmu.
Semoga Allah selalu meredhaimu.
Semoga Allah selalu mendampingimu.
Dalam setiap langkahmu, doamu dan dalam semua kehidupanmu...Mommy sayang kamu


dibawah ini video anak ummy menyanyi  Alif Ba Ta...masa ni umurnya 5 bulan.....menyanyi cara dia +bebal nak tido... tp ummy dok paksa suh nyanyi gak... ...hehe


Friday, July 27, 2012

Rumah Oh Rumah..

~Sedang dalam pembinaan~

Hari ini pergi tengok rumah bersama  suami  sebab nak tahu betul-betul bila sebenarnya rumah dijangka siap.Wakil pihak pemaju memberitahu rumah ni dijangka siap pada pertengahan 2013....Sigh....lambat lagi rupanya...memang projek ni slow atau aku yang tak sabar-sabar ...huhu..rasa macam lambat sangat. Anak pun dah besar..inipun mujurlah  ada yang loan fasa satu tak lepas,jadi en.suami dapat tukar unit rumah dari fasa dua ke fasa satu,kalau tidak terpaksa menunggu lebih lama lagi lah jawabnya

Urusan dengan Lawyer semua dah selesai,jadi cuma perlu tunggu rumah ni siap sahaja. Sebenarnya dah tak larat duduk kuaters sebab rumahku dikuaters berada ditingkat empat. Pada mulanya ingatkan dapat masuk rumah tahun 2012, jadi tak kisah sangatlah untuk bertahan sedikit, tapi rupanya lama la pula nak siap..setiap hari naik tangga memang letih, mungkin itu sebab badanku tak naik2.huhu..kalori sentiasa dibakar setiap hari. Kuaters yang aku duduk ni mempunyai 80 anak tangga untuk sampai ke tingkat empat...dan dalam kiraanku sebanyak 2400 anak tangga telah dipanjat dalam tempoh sebulan...dan setakat 8bulan ni dah lebih 200000 anak tangga berjaya dipanjat.....syabas inspektor sahab.....heheh..dasyat tak?..huhu... dari  mengandung 7 bulan sampai la sekarang anakku auni humaira yang comel  dah berusia 9 bulan...aku masih setia memanjat tangga kuaters itu..huhu..nanti ank mommy mesti kuat kan...sebab mommy aktif masa mengandung...

Hmm..tak sabarnya nak masuk rumah...nak deco rumah, nak beli barang rumah. En suami pun excited juga..almaklumlah...ini rumah dia....Puan isteri cuma menumpang..uhuhuhu.....dah decide pun dengan suami nak buat modern english style mix dengan classic sikit...insyaallah...now dah start beli perabot sikit-sikit mengikut kemampuan..kumpul duit baru beli satu2 barang....insyaalah kalau boleh tak nak buat loan....harap berjaya........

Wednesday, July 18, 2012

Perlindungan untuk Masa Depan Auni Humaira

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka.........kalau boleh Mommy pun nak yang terbaik untuk sayang Mommy yang comel ni ...
Mommy dah fikirkan perlindungan untuk masa depan anak mommy ni...so, elok sahaja habis pantang Mommy dah mula menabung untuk Auni Humaira didalam tabung haji dan  Mommy juga dah sediakan perlindungan insurans untuk  anak Mommy ni  sehingga had umur 23 tahun (jika masih belum berkahwin dan belajar sepenuh masa)....Jadi, Mommy decide untuk tamatkan insurans dengan Etiqa Maybank dan ambil insurans keluarga http://www.cuepacscare.my/... pening juga mulanya nak pilih insurans ni...pengetahuan pula tak seberapa...tapi survey punya survey..ada baik juga ambil insurans cuepacscare ni kerana ianya perlindungan untuk satu keluarga...dan bila tambah anak  nanti,insurans ni juga akan cover..

Sekarang ni, Mommy tengah fikirkan bentuk pelaburan lain yang sesuai  untuk si comel ni..........:)

Saturday, July 14, 2012

Auni Humaira Belajar Sholat......:)

                                                     
               


Actually,saja je testing telekung ni untuk auni humaira...memang labuh lagi..tapi muka tu muat2 elok je...comelnya anak mommy ni.....semoga besar nanti jadi anak yang solehah dan rajin solat ye sayang....   mommy dan daddy sayang auni humaira sangat.........                                               

Wednesday, July 4, 2012

My baby ..8 Month

Anak  Mommy yang comel  ,si pipi merah dah genap usia 8 bulan...syukur Alhamdulillah kepada al- khaliq (yang mencipta),al- Bari`(Yang mengadakan ) dan al-Musawwir(yang merupa bentuk)
..........kesayangan mommy  membesar dengan sihat dan kuat.................

Al-Musawwir: The Shaper of Beauty
                   He it is who has created for you all that is on earth,
                   and has applied His design to the heavens
                   and fashioned them into seven heavens;
                   and He alone has full knowledge of everything.
                   Al-Baqarah
 2:29




Monday, May 28, 2012

Makanan sunnah untuk anak

1) Kacang Badam (Almond)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

2) Kismis
Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda


3) Minyak Ikan
Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

4) Kurma
Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26) 



5) Madu
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

6) Habbatus Sauda
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


7) Buah Tin
Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

Sabda Rasulullah s.a.w.
Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


9) Air Surah Taha
Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan. 

Thursday, May 24, 2012

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi:
1. Dai’eyah (داعية)
Berusaha untuk menghidupkan usaha dakwah Nabi saw, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah saw. Dan dalam masa yg sama, menggalakkan suami & mahramnya utk memperbaiki diri mereka juga dgn membuat pengorbanan diri, harta dan masanya, untuk berjumpa dgn umat di serata alam.
2. A’limah (عالمة)
Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum ahkam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa’lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.
3. A’bidah (عابدة)
Melapangkan masa hariannya, untuk beribadah kepada Allah dengan mengamalkan zikir-zikir, doa-doa, dan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Dan yang paling penting, dia menjaga solatnya supaya ditunaikan di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.
4. Khodimah (خادمة)
Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. Pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dll. Sifat ini akan mendekatkan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu’ dan taat.
5. Murobbiyah (مربية)
Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anak nya dengan cara sunnah, dan menjadikan Rasulullah saw & sahabat-sahabat r.ahum sebagai idola kejayaan mereka. Kerana matlamat kejayaan yg dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan di sisi Allah iaitu, taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw :)
InsyaAllah, semoga Allah swt kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah untuk mengamalkannya dan menyampaikan pada orang lain. Aamin.